Masalah??? Jom ambil spirit Khalid al-Walid

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

Aku pasti, setiap dari kita (aku dan kalian) punya masalah
Kerana itulah kehidupan
Because LIFE is not like a fairy tale
Tidak kesemua kisah berakhir dengan happily ever after
seperti dalam penghujung fairy tale yang kalian baca di zaman anak-anak [aku percaya sampai sekarang pun masih ada antara kalian yang membacanya]
….and they live happily ever after…
kerana setiap dari kita punya ending yang berbeza
walau bagaimana keras pun kita merancang,
pengakhirannya,
rancangan DIA yang disusun atur dengan cinta
adalah yang terbaik buat aku dan kalian

Nah!
Kukongsikan…
Petikan dari buku “Deadline Your Life”
Yang banyak kata-katanya menampar-nampar pipiku
Melenyek-lenyek kepalaku bak steamroll melenyek jalan
Fuhh!!

“Buat yang sedang terengah-engah oleh masalah, namun terjangkit rasa malas, ogah dan gelisah, bangkitlah dan bergeraklah! Daripa sibuk menghitung dan memasalahkan masalah, lebih baik selesaikan satu demi satu masalahmu. Daripada sibuk menghitung jumlah musuh, lebih baik kalian penggal leher-leher musuh satu demi satu! Begitulah spirit heroik Khalid bin Walid.

Deadline Your Life. Ingat mati agar hidup lebih berarti. Miliki motivasi dari dalam diri. Jangan menunggu dari luar. Mandiri, tidak menggantungkan dan menuntut pada orang lain. Jangan cengeng. Jangan melenceng.

Kitalah yang bertanggungjawab untuk memotivasi diri sendiri!”

[Petikan buku “Deadline Your Life” karya Solikhin Abu Izzuddin (penulis buku best seller : Zero to Hero)]

Jadi…
Jangan ‘mengurung’ diri sendiri dengan masalah
Dan jangan main lari-lari ala-ala polis sentri dengan masalah
Kerana akhirnya kalian juga yang lelah
Dan masalah akan bertambah dan bertambah
Hingga melemaskan dirimu
Jangan kalian ambil jalan short cut
Gantung diri-guna tali-tendang kerusi-mati
Whoooooo… Itu silap besar tahu!!!
Kerana kalian bukan menghilangkan masalah
Tapi MASALAH lagi GIANT datang antara kalian dan DIA
Tapi tak berdosa kalau kalian nak cuba-cuba gantung diri kat pokok tauge
Ahaks!

Dan akhirnya
Peringatan keras dariku
Aku menconteng bukan nak please sape-sape
Bukan nak suruh kalian judge aku
Bukan nak suruh kalian kenal aku
Bukan nak suruh kalian ‘baca’ aku
Sebab aku rasa kadang-kadang aku ni ada multiple-personality-disorder [ada ke penyakit ni? aku hentam je! ;p]

————————————————————————
Ada sorang pakcik pesan tentang UJIAN
Mengadulah, merengeklah, mintalah
dan jangan malu padaNya
tanpa puas tanpa jemu
never give up when ask something from Allah
(Fuh!!! Berpeluh, bila pakcik speaking Oh My English :p)

————————————————————————
Orang kata nak buang tatu di kulit itu perit,
tapi hakikatnya nak buang tatu jahiliyyah
di hati lebih perit!!!
-Mujahadah itu PAHIT kerana syurga itu MANIS

[CM] – Aku yang menCONTENG depan ‘ASUS’

* ASUS = lappy buruksku tapi banyak jasanya tahu? Aku beli pakai duit sendiri. Hasil peluh yang menitik tahu?

By Cik Musafir

Korban : Jom Hadam!

image

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

Salam Eid Adha
Hari keEmpat
Dan hari ini menyaksikan peristiwa ‘berdarah’
Dan ia buat aku rasa banyak-suatu bukannya sesuatu
Sambil tangan busy merakam peristiwa,
banyak yang main kejar-kejar dalam kepala
Terkorbannya si-biri, banyak membawa erti
Main kejar-kejar sampai ke hati
Oh, nikmatnya terasa
Bila yang dipandang mata ditafsir dengan AKAL
Dan kemudiannya dibawa lari hingga ke dasar HATI
Dan akhirnya menghasilkan air jernih di kelopak mata
Lantaran terhadamnya PENGORBANAN
Nak kikis jahiliyyah yang berkarat di hati itu juga perlu berkorban tahu?
Dan bukan kecil korban yang perlu dilakukan
BESAR
dan
SUKAR
Dan ambillah semangat dari darah merah pekat yang mengalir
Jadikan ia ‘tangkal’ penguat
Untuk kau alir keluarkan segala karat jahiliyyah dalam diri
Jangan biar ia hilang meresap ke dalam bumi begitu sahaja
Tanpa sempat kau hadam ia
Kan kudoa
Moga kau dan aku cekal mengikis jahiliyyah dalam diri
Biar perlu berKORBAN sangat besar
Moga aku dan kau jadi hamba DIA yang jauh lebih baik
Hingga jadi SUPER hamba
Ameen…

————————————————–
Ambil ibrah dari kisah Ibrahim-Ismail
Dan jangan biar
Pengorbanan itu terkorban
Aku doakan kau, yang membaca
Kuconteng ini dari hati
Moga sampai ke hati
Terutamanya hatiku sendiri

———————————————-
Orang kata nak buang tatu di kulit itu perit,
tapi hakikatnya nak buang tatu jahiliyyah
di hati lebih perit!!!
-Mujahadah itu PAHIT kerana syurga itu MANIS-

[CM] – Aku yang menCONTENG dalam ‘Silvery’

* Silvery = kete kancil silver mak aku

By Cik Musafir

Contenganku Si Musafir

Bismillahirrahmanirrahim ~
Assalamualaikum w.b.t. ~

 

Contengan tu satu seni…
[contengan = lukisan,tulisan,puisi etc sebab karyaku tak berapa berseni, kunamakan ia sebagai ‘contengan’ sahaja]
Seni tu memerlukan ‘passion’
[kalau takde passion, memang terperam macam tapai ubi dan tapai pulut hihi]
Dalam menyampaikan (baca=dakwah) perlu disertakan dengan rasa cinta
[kalau takde, mana mungkin kita bersungguh nak menyampaikan]
mungkin ‘cinta’ dan mesej tu tersirat di sebalik contengan
tapi akhirnya akan difahami oleh mereka yang cuba memahami dengan mata hati

M.A.A.F.
Aku tak pandai nak melukis
Namun aku cuma pandai menconteng
Aku tak pandai berbahasa
Namun aku cuma pandai menarikan jemari di keyboard laptop buruksku
Aku tak pandai berkarya
Sebab itu aku malu nak mengaku apa yang aku hasilkan itu sebagai satu puisi, lukisan dan bla bla bla
Oleh itu…
Terimalah sahaja contenganku
Yang adakalanya kuselit dengan ‘cinta’ dan mesej
Tapi M.A.A.F.
adakalanya aku mungkin juga banyak ‘makan kerepek’
Segala jenis contengan ini bukan untuk aku ‘please’ sesape
Bukan untuk aku ‘tembak’ sesapa
Tapi lebih kepada nak ‘menampar’ diri sendiri
Kerana aku ini DA’IE
Sebab itu aku berKONGSI
SHARING kan CARING
Nak berdakwah macam Rasulullah, sumpah aku tak mampu
Mungkin dengan cara ini, ia bisa jadi saham-sahamku untuk melamar syurga DIA
Walau mungkin bagi orang lain aku tak layak jadi DA’IE
sebab aku cuma budak sekolah yang biasa-biasa
bukan budak sekolah agama
kalau suruh aku cakap Arab, awal-awal aku angkat bendera putih
tapi sila buka kamus
DAKWAH itu kan menyampaikan
Jadi DA’IE itu penyampai
Kan Rasul ada cakap “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat”
Jadi aku kena la menyampaikan
dan…
sebab yang lain
kerana tuntutan SHAHADATUL HAQ
Janji aku dengan DIA sewaktu di alam ruh yang kompem aku tak ingat
Tapi…
Syukur!
DIA tetapkan untuk aku lahir ke dunia ini dari rahim seorang Muslim
Dan disebabkan janji dengan DIA yang aku tak ingat,
DIA hantar bermacam-macam jenis makhluknya untuk menampar-nampar bagi aku ingat semula
Alhamdulillah!
Walau macam-macam jenis ujian, hukuman, tamparan, tembakan yang aku terima
ia akhirnya menjadikan aku yang SEKARANG
walau banyak lagi yang perlu aku lalui
sumpah lagi mencabar!!!
Bukan senang jadi si Musafir di bumi DIA
Doakan.
Agar aku bisa jadi SUPER hamba untuk DIA.
Dan aku juga doakan, kalian yang membaca akan sama-sama jadi SUPER
supaya aku dan kalian sama-sama berjaya melamar syurga DIA
AMEENNN…
Titik.

————————————————————————-
Buat kalian
Salam Eid Adha!
Moga aku dan kalian betul-betul hadam erti PENGORBANAN
Moga projek M2M aku dan hadek-hadek petak K.A.M.I di’approve’ oleh DIA
Ameenn
[tolong ameen juga untuk kami ye! Sayang kalian]

————————————————————————-
Kerna KAU yang satu
yang setia bersamaku
di kala kujatuh kubangkit kernaMu
Kutahu ku adaMU di sisiku selalu
bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
[AdaMu by Najwa Latif]

Orang kata nak buang tatu di kulit itu perit,
tapi hakikatnya nak buang tatu jahiliyyah
di hati lebih perit!!!
-Mujahadah itu PAHIT kerana syurga itu MANIS-

[CM]

By Cik Musafir

Kita Yang Terlupa

Bismillahirrahmanirrahim ~
Assalamualaikum w.b.t. ~
Syukur bila mana kita dikurniakan sahabat-sahabat yang menghulur salam ukhwah atas dasar lillahi Ta’ala. Kasih sayangnya tidak bersyarat. Bantuannya tidak minta dibalas. Saat kita tergelincir, pantas tangannya menarik kita semula. Silap kita tidak dikeji, tapi dinasihati dengan cinta. Sakit kita, gelisah kita, sedih kita, semuanya dikongsi bersama biarpun khalayak melihat betapa kuatnya kita.
Tapi adakalanya bila kita dikurniakan sahabat seperti ini, rasa risau sering bertamu. Pelbagai persoalan mengasak minda. Adakah keadaan akan tetap sama sampai bila-bila? Adakah mereka akan sentiasa ada bila mana aku memerlukan mereka?
Mengapa ini yang terjadi?
Jawapannya cukup mudah.
Kerana kita takut kita ditinggalkan. Kita takut berseorangan. Kita takut kita tiada tempat mengadu. Kita takut hilang kasih sayang.
Tahukah bahawa kita sebenarnya terlupa? Kita terlupa bahawa kita tidak pernah sendiri. Kita terlupa bahawa mereka adalah makhluk yang diciptakan. Kita terlupa bahawa kita ada DIA. DIA yang tidak pernah meninggalkan kita. DIA yang tidak pernah putus mengasihi kita. DIA yang tidak jemu-jemu menunggu kita mengadu padaNya. Dan kita juga terlupa bila mana DIA mengambil sesuatu dari kita, DIA akan menggantikannya dengan yang lebih baik lagi.
Semuanya kerana kita terlupa.
Kerana kita terlupa, kita sering gundah gulana. Kerana terlupa, kita sering berendam air mata. Kerana terlupa, kita sering mencari cinta dusta.
Sedarlah bahawa DIA yang menciptakan kita. Mana mungkin DIA akan meninggalkan kita sendiri. Mana mungkin DIA berhenti mencintai kita sedangkan si pendosa mendapat ampunanNya.
Astaghfirullahal’azim… Ampunkan diriku yang terlupa ya Allah…
————————————————————————-
Kusedari kadang kulupa mungkin ini nafasku yang terakhir,
Ampuni kurangnya syukurku,
Maafkan kuragu kasihMu,
Nanti suatu hari saat duniaku usai berakhir,
Di akhir hayat kumohon KAU redha padaku…
[Tuntunku Kepada-Mu by Maher Zain]

[CM]
Orang kata nak buang tatu di kulit itu perit,
tapi hakikatnya nak buang tatu jahiliyyah
di hati lebih perit!!!
-Mujahadah itu PAHIT kerana syurga itu MANIS-

By Cik Musafir