Cik Musafir

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Contengan tu satu seni…
[contengan = lukisan,tulisan,puisi etc sebab karyaku tak berapa berseni, kunamakan ia sebagai ‘contengan’ sahaja]
Seni tu memerlukan ‘passion’
[kalau takde passion, memang terperam macam tapai ubi dan tapai pulut hihi]
Dalam menyampaikan (baca=dakwah) perlu disertakan dengan rasa cinta
[kalau takde, mana mungkin kita bersungguh nak menyampaikan]
mungkin ‘cinta’ dan mesej tu tersirat di sebalik contengan
tapi akhirnya akan difahami oleh mereka yang cuba memahami dengan mata hati

M.A.A.F.
Aku tak pandai nak melukis
Namun aku cuma pandai menconteng
Aku tak pandai berbahasa
Namun aku cuma pandai menarikan jemari di keyboard laptop buruksku
Aku tak pandai berkarya
Sebab itu aku malu nak mengaku apa yang aku hasilkan itu sebagai satu puisi, lukisan dan bla bla bla
Oleh itu…
Terimalah sahaja contenganku
Yang adakalanya kuselit dengan ‘cinta’ dan mesej
Tapi M.A.A.F.
adakalanya aku mungkin juga banyak ‘makan kerepek’
Segala jenis contengan ini bukan untuk aku ‘please’ sesape
Bukan untuk aku ‘tembak’ sesapa
Tapi lebih kepada nak ‘menampar’ diri sendiri
Kerana aku ini DA’IE
Sebab itu aku berKONGSI
SHARING kan CARING
Nak berdakwah macam Rasulullah, sumpah aku tak mampu
Mungkin dengan cara ini, ia bisa jadi saham-sahamku untuk melamar syurga DIA
Walau mungkin bagi orang lain aku tak layak jadi DA’IE
sebab aku cuma budak sekolah yang biasa-biasa
bukan budak sekolah agama
kalau suruh aku cakap Arab, awal-awal aku angkat bendera putih
tapi sila buka kamus
DAKWAH itu kan menyampaikan
Jadi DA’IE itu penyampai
Kan Rasul ada cakap “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat”
Jadi aku kena la menyampaikan
dan…
sebab yang lain
kerana tuntutan SHAHADATUL HAQ
Janji aku dengan DIA sewaktu di alam ruh yang kompem aku tak ingat
Tapi…
Syukur!
DIA tetapkan untuk aku lahir ke dunia ini dari rahim seorang Muslim
Dan disebabkan janji dengan DIA yang aku tak ingat,
DIA hantar bermacam-macam jenis makhluknya untuk menampar-nampar bagi aku ingat semula
Alhamdulillah!
Walau macam-macam jenis ujian, hukuman, tamparan, tembakan yang aku terima
ia akhirnya menjadikan aku yang SEKARANG
walau banyak lagi yang perlu aku lalui
sumpah lagi mencabar!!!
Bukan senang jadi si Musafir di bumi DIA
Doakan.
Agar aku bisa jadi SUPER hamba untuk DIA.
Dan aku juga doakan, kalian yang membaca akan sama-sama jadi SUPER
supaya aku dan kalian sama-sama berjaya melamar syurga DIA
AMEENNN…
Titik.

Sekian terima kasih.

Senyum segaris.

Orang kata nak buang tatu di kulit itu perit,
tapi hakikatnya nak buang tatu jahiliyyah
di hati lebih perit!!!

-Mujahadah itu PAHIT kerana syurga itu MANIS-

[CM]

contenganmusafir [dot] wordpress [dot] com

Leave a comment