R.A.M.A.D.A.N

Bismillahirrahmanirrahim…

Phewwww!!!! (tiup habuks dulu)
Uhuks!

Assalamualaikum.

Lama rasanya ruang ini ditinggal sepi.
Alhamdulillah,
R.A.M.A.D.A.N
buat aku kembali menukilkan sesuatu di sini.

R.A.M.A.D.A.N
Kali ini buat aku terasa dalam dekapan Tuhan
Sumpah! Terasa begitu indah!
Hilang lenyap segala gundah
Terbang pergi segala duka
Tenang! Sangat tenang!
Walau air mata laju membasahi pipi
Indah bila dapat berkongsi rasa dengan DIA
Bahagia bila dapat mengadu dengan DIA

Benar…
Bila rasa sedih, bagitaulah pada DIA yang menciptakan rasa sedih itu
Bagitau DIA sungguh-sungguh!
Menangislah sepuas-puasnya.
Dan akhirnya kita kan bisa tersenyum.
Telan sahaja rasa sedih itu.
Telan dalam-dalam.

R.A.M.A.D.A.N
Kali ini DIA atur untuk kujalani di bumi gah Putrajaya
Subhanallah…syukur…
Dapat ON mode ‘Masjid Tour’
Semoga DIA redha
Dan pertemukan aku dengan malam terindah itu

image

Tuhan…
Aku lemah tanpaMu
Andai ini jalan yang Kau aturkan,
aku yakin ada kekuatan yang turut Kau titipkan

Tuhan…
Izinkan aku
Menjejak kaki di bumi barakahMu
Jemputlah aku ke sana
Sebelum mata tertutup selamanya

——————
Orang kata nak buang tatu di kulit itu perit,
tapi hakikatnya nak buang tatu jahiliyyah di hati lebih perit!!!
Mujahadah itu PAHIT kerana syurga itu MANIS

[CM] Mengepost dari henpon bijak yang banyak jasanya

By Cik Musafir

Bicara : AkuBukanRobot

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Bila emosi
dah masuk mode
main-buai-laju-laju-sampai-pokok-sena
tak ada puting beliung
tiba-tiba hati rasa sayu
kolam mata dah bertakung
sampai melimpah-limpah tak terkawal
tanpa sebab yang pasti!

Seriyes!
Emosi jadi tunggang terbalik
Macam main aci sembunyi
Sorok-sorok dalam polis sentri
Rasa tenggelam dalam RAMAI…
Rasa nak lari ke Planet Zargus

Kadang-kadang rasa menyampah
Pada diri sendiri
Lembik!
Menangis tak sudah!

Tapi itu fitrahnya HAWA
Kena dirai
Dalam waktu yang sama
Bina semula apa yang tiada (lesap)
Air mata itu yang akhirnya akan menguatkan
Dan ia bukti bahawa
AKU BUKAN ROBOT
Kerana aku juga punya perasaan

Bila dah masuk mode sebegini
Mula la macam-macam terlintas
‘Asyik jadi kakak pada orang-orang-orang,
tapi siapa nak jadi kakak aku???’

Shuuuhhhhhhhhh!!!!
Pegi la main jauh-jauh!
DIA lebih tau apa yang terbaik buat aku
Sebab DIA mengatur dengan CINTA
Bukan seperti aku yang mengatur dengan CITA.

SINI
Aku dapat jawapannya
HATI
Dia pesan, banyakkan doa.
Insyaallah hati itu bakal baik-baik sahaja.
Percayalah kerana DIA kan ada.
DIA yang memegang hati itu.
Keras berdoa.
Mohon DIA turut bantu
Menjaga hati itu.

Larilah sebentar
Lari untuk mendapatkan kembali cahaya
Lari yang mengembalikan kekuatan
Walau badai menimpa
Bibir tetap mengukir senyum
Kerana aku tahu DIA takkan sia-siakan aku

————————————————–
We can’t have beautiful rainbow without rain.
Dan sebab itu DIA bagi kita hujan ujian
Untuk kita bersihkan jiwa

———————————————-
Orang kata nak buang tatu di kulit itu perit,
tapi hakikatnya nak buang tatu jahiliyyah
di hati lebih perit!!!
-Mujahadah itu PAHIT kerana syurga itu MANIS-

[CM] – Sukarnya bernafas dalam jiwa hamba… (kadang-kadang rasa macam sakit jiwa je…yang ubatnya hanya ada pada DIA)

By Cik Musafir

Perkahwinan : Dialog (versi edited)

image

Bismilllahirahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t.

Perkahwinan,
bukannya kisah saya atau awak.
Tapi ia kisah kita,
Inche Suami dan Puan Isteri
Ia bukan one man show
Bukan juga satu monolog
Tetapi ianya adalah DIALOG
Yang memerlukan saya + awak
Inche Suami dan Puan Isteri
Kerana ia akan pincang jika hanya salah seorang yang menari dan berlagu
Perkahwinan,
Bukan juga fairy tale
Yang semuanya berakhir dengan ‘…they live happily ever after…’
Kerana kehidupan bukannya begitu
Ada pasang surutnya
Bagaikan satu perlayaran di samudera nan luas
Ombak dan badai pasti menerpa
Kebijaksanaan sang nakhoda,
dan kerjasama anak-anak kapal,
bakal menentukan perlayaran itu berjaya atau tidak…
Perkahwinan,
tidak semuanya indah.
Kerana aku banyak mendengar,
membaca,
dan melihat dengan mata,
perkahwinan yang pengakhirannya… *speechless*
Walau di khalayak mereka tampak bahagia
Bagai merekalah pasangan-manis (baca: sweet couple) di mata umum
Sedang realitinya,
ia adalah lakonan terhebat abad ini!
Dan ia turut memberi impak pada diri
Kadang buat aku gerun
Bimbang ‘sakit’ yang sama berulang lagi
Takut,
andai kisah aku juga sama dengan mereka…
Allahu Rabbi!
Kuatkan, jangan lemahkan wahai TUHAN!
Teguhkan, jangan KAU goyahkan!
Dan perkahwinan itu,
Jangan kau cari bahagia di dalamnya
Tapi bawalah bahagia itu bersama-sama…

————————————————————————
Saya belum jadi Puan Isteri
Contengan ini gara-gara tempias si Puan Pengantin baru
Jadi jangan silap tafsir
Tapi saya tetap merasakan debar Pakcik-Pengantin
Walau Puan Pengantin nampak steady je ^^
Barakallahulakuma wabaraka ‘alaykuma wajama’a bainakuma fi khair
Ameenn…

————————————————————————
Orang kata nak buang tatu di kulit itu perit,
tapi hakikatnya nak buang tatu jahiliyyah
di hati lebih perit!!!
-Mujahadah itu PAHIT kerana syurga itu MANIS

[CM] – alhamdulillah, selesai tugas jadi Cik-Pembantu-Persiapan-Wedding

By Cik Musafir

Musafir : Kerana Bakal Puan

image

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim dan doa naik kenderaan, musafir ini bermula…
Semuanya kerana Bakal-Puan…
Aku naik bas double decker tau!
Duduk tingkat atas pulak tuh! Hahaha (pura-pura jakun)
Ada orang tanya…
“Weh, bukan ke dia bakal jadi puan hari Sabtu? Awat kalut nak datang awal? Bukan ko pun yang nak nikah…”
Kalian nak tau kenapa aku yang kalut tambah excited terlebih?
Sebab dia sahabat yang aku cinta kerana DIA!
Dulu…
Waktu aku sedih, kepala serabut, rasa nak terajang dinding,
Dia la yang banyak menyabarkan, bagi pinjam telinga dengar bebelanku, dan…
Yang paling buat aku tacing-macing sungguh,
Bakal-Puan ni sanggup datang jauh-jauh dengan cik-perancang-wedding semata-mata nak temankan aku yang tengah up-side-down + mood-main-buaian!
Sanggup layan aku pi main layang-layang tepi pantai waktu matahari betul-betul tegak atas kepala!
Bakal-Puan juga yang bagi pinjam bahu untuk aku spill semua benda yang menjeruk hati!
Jadi, untuk semua yang dah dia buat untuk aku tu,
rasanya tindakan aku sekarang ni tak salah.
Tambah-tambah lagi, Ma dia tengah tak sihat + persiapan ada lagi yang tak settle.
Walau dia nampak aku hyper-excited,
tapi hati aku?
Sedih weh!
Terasa macam anak pompuan aku pulak yang nak kawen haha!
Tapi dia dah warning awal-awal.
Tamo banjir masa hari kejadian
Dia nak semua hepi je
So bila aku datang awal ni,
boleh la buat sesi ladies nite before dia bergelar Puan.
Nak spill banyak benda.
Nak pinjam bahu bagi banjir bilik pengantin.
Nak kaco dia pakai inai.
Nak pakai inai jugak.
Haha…
Dan pastinya aku nak pastikan Bakal-Suami tu nanti jadi kroni aku.
Supaya senang nak songlap Puan.
c(:
Moga aku selamat sampai.
Doakan.
Musafir ini,
kerana kamu,
Bakal-Puan.
Kerana cinta aku…
FILLAH!

————————————————————————
Orang kata nak buang tatu di kulit itu perit,
tapi hakikatnya nak buang tatu jahiliyyah
di hati lebih perit!!!
-Mujahadah itu PAHIT kerana syurga itu MANIS-

[CM] – yang menconteng dari dalam bas MS

By Cik Musafir